Kerjaya Kikko Matsuoka

Bermula sebagai pelakon kanak-kanak, Matsuoka membuat penampilan pertama filemnya pada tahun 1957 dengan Daiei Film iaitu, Tokyo hanzai chizu.[1] Muncul di beberapa filem lain, termasuk filem seram, The Living Skeleton (Kyūketsu dokuro sen), beliau sempat menjadi idola pada era 1960-an.[1] Beliau pernah muncul dalam filem James Bond 1967 bertajuk, You Only Live Twice sebagai gadis penyelam, namun tidak diiktiraf.[2] Beliau juga bekerja di televisyen, muncul di lebih dari tiga puluh drama televisyen, termasuk peranan berulang di siri televisyen seperti Key Hunter dan The Guardman.[3] Beliau juga tampil di rancangan aneka terkenal seperti Kyosen Maetake gebageba 90-pun. Karyanya yang paling berkesan di televisyen ialah sebagai pengacara bersama mingguan selama lebih dari sepuluh tahun dalam rancangan berita lewat malam 11PM,[1][4][5] yang bersiaran selama lebih dari dua puluh tahun.

Selama kerjaya televisyennya, beliau bertemu dengan pelakon Hayato Tani; mereka mengumumkan pertunangan mereka pada tahun 1978[6] dan berkahwin pada tahun 1981. Pasangan ini telah muncul dalam banyak rancangan televisyen Jepun bersama-sama, termasuk rancangan permainan Istana Takeshi, dimana Matsuoka sebagai penampilan khas, cuba mendorong suaminya, Jenderal Tani, untuk tidak menyerah.[7]

Berkaitan